Thursday 8 September 2011

Lirik Lagu Mimpi - Ning Baizura ft Altimet



Ning Baizura :

Mimpi dikilang di sini
Ku direplika berkali kali
Pabila bintang berjalan di bumi
Ini realiti atau fantasi

Aku tahu isi hati mu
Aku tahu

Altimet:

Hello!
Selamat datang ke pesta
Panggung agung di mata dunia
Yang mampu membuat kau leka
Dari tanggungjawab mu oh manusia

Ayuh teropong kerenah
Mereka mengilang mereka mereka
Lagu dan cereka pelbagai selera
Supaya santai mu lebih selesa,

Di siar ke udara
Timur selatan barat utara
Kau taksub dengan takbirnya
Tapi jangan intai sebalik tabirnya

Ning Baizura:

Mimpi dikilang di sini
Ku direplika berkali kali
Pabila bintang berjalan di bumi
Ini realiti atau fantasi

Aku tahu isi hati mu
Aku tahu

Altimet:

Dia boleh angkat kau ke angkasa
Tapi dia kejam kepada mangsanya
Dan jika kau masih mahu berjaya
Ku punya resipi tiru macam saya

Ambil kontroversi
Tambah sensasi
Secawan melodi
Secamca seksi

Photoshoot, photoshop dan juga PC
Untuk meningkatkan putaran rotasi
Naikkan royalti dari MACP
Juga jumlah muat turun dan RBT

Undangan memanggung di sana sini
Selagi menjadi citarasa kini
Alangkah cantik bila bertakhta
Nombor pertama di atas carta
Bila dah turun semua dilupa
Tak apa inikan lumrah dunia

Ning:

Mimpi dikilang di sini
Ku direplika berkali kali
Pabila bintang berjalan di bumi
Ini realiti atau fantasi

Ada yang memperdayaku
Ada yang diperdaya
Ada yang mempergunamu
Ada yang diperguna

Altimet:

Ya, memang terang kita berbeza
Kau dilabel besar aku merdeka
Aku tak bertuan, kau berpasukan
Tapi ku masih makan tak kempunan

Kau naik lift untuk berjaya
Aku panjat tangga yang aku bina
Aku beli tanah dan bikin pangsa
Kau rumah mewah tapi menyewa

Kau nggak bisa bersaing di persada
Serantau dan juga antarabangsa
Jaguh di kampung segan di kota
Selesa berkarya bertongkat kuota

Usia muda fikiran tua
Tapi piala diberi jua
Jadi punca masalah bisa dilupa
Tak apa inilah ragam manusia

Ning:

Mimpi dikilang di sini
Ku direplika berkali kali
Pabila bintang berjalan di bumi
Ini realiti atau fantasi

No comments:

Post a Comment